Cara-cara menangani masalah keprihatinan sosial

Penyelesaian masalah keprihatinan sosial

         Setiap individu perlulah menunjukkan nilai-nilai murni dan mencerminkan etika sebagai seorang mukmin. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai tanggungjawab masing-masing. Tunjukan keprihatinan dan pupuk sifat empati dalam diri untuk membantu mereka sekadar yang termampu. Jaga hubungan sesama manusia dan berikan hak mereka sebaiknya.

            Selain itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah turut sama membantu golongan pengemis menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka termasuklah kemudahan fasiliti, peluang pekerjaan dan sebagainya. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap pengemis sebagai beban dalam masyarakat.

             Seterusnya, peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup. Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama.

                  Antara langkah untuk mengatasi gejala buli ialah dengan mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya gejala buli. Kempen kesedaran ini boleh dianjurkan di kawasan sekolah dan di institut-institut pengajian tinggi. Ini kerana gejala buli biasanya berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Melalui kempen kesedaran ini, para pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak akan permasalahan ini. Para pelajar terdedah dengan penglibatan jenayah buli secara langsung atau secara tidak langsung melalui kempen kesedaran ini. Oleh sebab itu, para pelajar akan mengambil jalan inisiatif untuk mengelak menjadi mangsa buli seterusnya mengelak menjadi pembuli.

              Justerunya, pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

              Kesimpulannya, keprihatinan sosial perlu diambil berat oleh semua golongan masyarakat tidak kira bangsa, kaum dan agama. Kerjasama dari semua pihak yang prihatin sedikit sebanyak mampu meringankan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Maka dengan itu setiap orang seharusnya tidak mengambil  sikap tidak endah terhadap isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Comments

  1. Struktur ayat yang betul dan huraian yang jelas.. Membantu saya dalam idea mengarang

    ReplyDelete
  2. Struktur ayat yang betul dengan pilihan kata Yang bersesuain.

    ReplyDelete
  3. Struktur ayat yang betul dan huraian yang jelas & teliti

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Correct centre structure and clear description

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts