Skip to main content
Punca Keprihatinan Sosial
Kes Penderaan Kanak-Kanak
- Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa.
- Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas teradap anak-anak.
- Kurangnya pendidikan agama di kalangan masyarakat.
Kes buli
- Kurangnya didikan agama. Ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik anak-anak.
- Masalah emosi yang melampau-lampau dalam kalangan pelajar, masalah yang timbul dalam keluarga atau kerja yang menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang individu. Akibatnya, tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan dan bertindak secara membuli orang lain.
- Pengaruh media massa telah menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini.
Kes pembuangan bayi
- Aktiviti pelacuran bertujuan untuk mendapatkan wang dengan masa yang singkat dan lumayan jika tinggal di kawasan bandar,
- Tidak persediaan untuk menjadi ibu bapa untuk memelihara seseorang anak, akibatnya ibu bapa akan mengambil tindakan untuk membuang bayi.
Isu Pengemisan
- Kewujudan golongan pengemis adalah berpunca daripada masalah kemiskinan. Akibatnya, mereka yang tidak mempunyai kelulusan tidak berupaya menjawat pekerjaan yang baik.
- Kesukaran mendapat pekerjaan yang sesuai juga mendorong kewujudan golongan gelandangan. Akibatnya, gaji bulanan yang sedikit menyebabkan mereka tidak mampu untuk mencari tempat kediaman yang agak selesa.
Comments
Post a Comment